Badan
sumpitan api pemotong
Badan sumpitan api
pemotong terdiri daripada bahagian badan, tiub oksigen dan prapanas, injap
kawalan gas oksigen dan asetilin, tuil tekanan injap oksigen pemotong dan
kepala sumpitan.
Terdapat dua jenis
badan sumpitan api pemotong, iaitu:
1. Sumpitan
api pemotong kekal.
2. Sumpitan
api pemotong paduan.
- Sumpitan api pemotong kekal.
Sumpitan api pemotong
jenis ini digunakan khusus untuk:
a. Kerja
berat pemotongan.
b. Tempoh
kerja pemotonganyang lama dan berterusan.
c. Memotong
logam yang ketebalannya melebihi 75mm.
Gambar: Sumpitan api pemotong kekal
- Sumpitan api pemotong paduan.
Sumpitan api pemotong
paduan digunakan secara meluas dan lebih menjimatkan kerana boleh mengendalikan
kerja mengimpal dan memotong. Bagi melakukan kerja pemotongan, badan sumpitan
api pemotong paduan akan dipasang pada badan sumpitan api kimpalan
aksi-asetilin.